Saturday, November 3, 2012

Mekanisme penyelesaian pertikaian dalam islam

"...jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil "
(Surah Al-Maidah 5:42)

"Wahai orang-orang yang beriman , hendaklah kamu semuasentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah , lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan " . 
(Surah Al-Maidah 5:8)

Dalam sistem perundangan Islam , keadilan merupakan teras utama dalam melaksanakan undang-undang. Jika satu perkara itu mengandungi unsur kezaliman , maka ianya bercanggah dengan Islam. Ini kerana Islam dan keadilan tidak dapat dipisahkan. Maka keadilan merupakan teras utama bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak-pihak.

Pertikaian merupakan satu lumrah dalam kehidupan manusia. Dalam setiap masyarakat pasti terjadinya pertikaian. Oleh kerana itu perlunya mekanisme atau tatacara untuk menyelesaikan pertikaian manusia.Islam telah mengajar tatacara bagi menyelesaikan pertikaian dengan jelas dan terperinci . Dalam sistem perundangan Islam , terdapat beberapa badan pengadilan dan mekanisme bagi menyelesaikan segala jenis pertikaian .

MAHKAMAH
Saidina Ali berkata pada Rasulullah SAW : 
"Ya Rasulullah , tuan mengutuskan aku ke Yaman untuk menjadi qadi (hakim) sedangkan aku masih muda dan tidak mengetahui tentang kehakiman".
 Rasulullah bersabda :
 "Sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah-NYA kepada hatimu dan menetapkan lidahmu. Jika datang dua orang yang bertikai duduk di hadapanmu , maka janganlah kau menjatuhkan hukuman sehinggalah engkau mendengar hujah dan keterangan pihak kedua seperti engkau mendengar pihak pertama , kerana itulah yang lebih layak dilakukan agar jelas bagi kamu untuk menjatuhkan hukuman".
(HR Abu Dawud) 

TAHKIM
Bahawa Rasulullah SAW telah berkata kepada Abu Syuraih (ketika itu digelar Aba Al-Hakam). "Sesungguhnya Allah , Dialah Hakam dan kepada-NYA hukuman , maka kerana apa engkau digelar Aba Al-Hakam?
Lalu Abu Syuraih menjawab ,
"Sesungguhnya kaum saya apabila mereka bertikai dalam sesuatu perkara , mereka datang kepada saya (bagi mendapatkan penyelesaian) maka saya menghukum di antara mereka dan kedua-dua pihak itu menerima keputusan itu dengan rela hati " .
Rasulullah kemudian berkata ,
"Alangkah baiknya cara ini. Apakah kamu mempunyai anak?"
Jawab Abu Syuraih :
"Saya ada anak bernama Syuraih , Abd dan Muslim.
Rasulullah kemudian bertanya lagi :
"Siapa yang paling tua di antara mereka?"
Abu Syuraih menjawab "Syuraih".
Rasulullah bersabda
"KAMU ADALAH ABU SYURAIH"
(HR An-Nasa'i)